Sunday 25 January 2015

[ Tips - Faktor Pemilihan Kerusi ]

Antara perkara yang patut dipertimbangkan dalam memilih kerusi untuk kediaman.

1. JENIS
Tentukan jenis kerusi yang ingin anda gunakan samada side chair atau arm chair. Jika untuk ruang tamu yang besar, sofa jenis L-shape sesuai digunakan dan digandingkan dengan lounge chair bagi menyerikan suasana.



2. SAIZ
Merupakan perkara yang diperlu diberi perhatian. Saiz perabot perlu dipilih bersesuaian dengan keluasan ruang.

3. GAYA
Stail adalah perkara yang sering menjadi tunggak utama oleh pemilik apabila memilih. Tentukan konsep dekorasi keseluruhan ruang, kemudian pilih sama ada anda mahu tampil selari mengikut konsep atau mencipta kelainan dalam padanan kontras.





4. MATERIAL
Pemilihan material perabot perlu diselarikan dengan pilihan konsep. Jika kayu sesuai untuk konsep moden kontemporari. Jika keluli bersesuaian dengan konsep industri yang terkini menjadi trend semasa.

5. FABRIK
Pemilihan corak dan warna pada fabrik menentukan gaya yang ingin ditampilkan pada ruang anda. Fabrik sangat membantu dalam menaikkan seri dan menghidupkan konsep yang dipilih.




Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Tuesday 16 December 2014

[ 5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur ]

Setiap pemilik kediaman terutamanya pemilik rumah baru tentunya teruja dan mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Selain dari mengambil kira fungsi setiap sudut dapur, anda pasti akan mengambil berat bagaimana rekabentuk kabinet dapur yang sesuai dengan anda. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?


1. Bajet. Ya, bajet adalah faktor utama yang sangat penting untuk difikirkan sebelum menentukan jenis kabinet dapur anda. Jangan risau sekiranya anda mempunyai bajet yang agak terhad. Tak semestinya impian anda tidak dapat direalisasikan. Terkini terlalu banyak pilihan yang menarik boleh disesuaikan dengan bajet anda. Sila buat penyelidikan sebelum anda menetapkan pilihan anda.


2. Konsep. Sudah tentu konsep yang dipilih memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden yang ringkas dan kemas.

3. Material. Antara material yang digunakan pada kabinet dapur ialah solid surface dan granite untuk cabinet top. Ada juga yang menggunakan tiles untuk kos yang murah. Selain dari ti material yang disebut tadi, ada juga menggunakan chipboard compressed untuk top tetapi ianya tidak tahan lasak. Manakala untuk pintu kabinet, anda mempunyai pilihan berdasarkan bajet anda. Terdapat material laminate, 3g glass, acrylic, spray paint dan melamine. Untuk backsplash, anda boleh menggunakan kreativiti anda samada menggunakan cermin dimana anda boleh menyalin resepi atau nota pada cermin tersebut. Selain itu stainless steel dan tiles juga boleh digunakan.

4. Warna. Paling maksimum penggunaan warna pada cabinet dapur cuma kombinasi dua warna sahaja. Samada hitam putih, atau kelabu gelap dan putih, warna cream dan putih. Seeloknya pilih kategori earth tone kerana tampak kemas, moden dan evergreen.

5. Rekabentuk. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai pilihan tambahan untuk kemudahan meja persiapan atau sebagai tempat bersantai bersama keluarga pada waktu pagi. Faktor paling penting ketika merekabentuk cabinet dapur anda ialah anada perlu tahu dan faham fungsi setiap sudut supaya ianya memudahkan anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian di dapur.

6. Aksesori. Jangan lupakan aksesori ye! Contoh, penyangkut tuala napkin, oven, microwave dan sebagainya.

Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! 


Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Monday 17 November 2014

[ Idea untuk storage barang. ]


Dari biarkan dinding di bahagian kepala katil kosong, lebih baik sediakan kabinet untuk buku-buku kesayangan anda, boleh buat bacaan sebelum tidur, kan? Pintu yang bertutup juga sesuai untuk kurangkan habuk. 

Moga tips ini bermanfaat! Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam merekabentuk kabinet di bilik tidur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!!

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Saturday 5 October 2013

[ Ubahsuai Ruang - Apa Tugas Anda Sebagai Pemilik ]

Anda ingin membuat ubahsuai?
Tidak kiralah sama ada yang hendak ubahsuai itu adalah rumah, bilik tidur, ruang pejabat, kedai, restoran dan sebagainya.

Kunci bagaimana untuk mendapatkan pengubahsuaian yang berjaya sebenarnya terletak di tangan anda dan juga kerjasama daripada pereka dan kontraktor. Anda juga harus terlibat hampir 80% dalam proses pengubahsuaian lebih-lebih lagi memberi input yang berterusan sepanjang projek berjalan.

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum mengambil Interior Designer?

1.  Kenal pasti Kehendak Anda
Anda perlu kenalpasti matlamat dan kehendak anda terlebih dahulu.
 Berapakah jumlah bilik yang anda inginkan atau
adakah anda ingin bilik tidur anda menjadi ruang makan kerana inginkan ruang yang tenang bersebelahan dengan balkoni menghadap taman atau
adakah anda inginkan ruang utama pejabat anda mempunyai 'water feature' seperti kolam dan sebagainya.

Setelah mengenal pasti kehendak anda seenaraikan dan minta pendapat daripada pereka anda adakah kehendak anda sesuai dan boleh dijayakan.

2. Sediakan Bajet
Setkan bajet anda. Penting anda setkan berapa lingkungan bajet supaya pereka dapat menghasilkan cadangan rekabentuk berdasarkan bajet yang diberikan. Anda boleh mendapatkan sebut harga sekurang-kurangnya daripada dua pereka dan membuat perbandingan bersesuaian dengan bajet anda. Namun anda perlu ingat bahawa harga yang murah tak semestinya berkualiti. Cuba untuk dapat melihat hasil projek pereka bagi memastikan anda membuat pilihan yang betul.

3. Kenal pasti stail dan citarasa anda.
Seorang pereka pasti akan cuba memahami anda bagi menterjemahkan cita rasa anda pada ruang yang ingin diubahsuai. Selain itu, pereka juga akan memberi nasihat tentang konsep yang bersesuaian lebih-lebih lagi jika yang ingin diubahsuai itu adalah premis perniagaan. Walau bagaimanapun anda juga perlu menyatakan kesukaan anda supaya boleh mempercepatkan proses design. Anda boleh menggunakan imej-imej yang ada di dalam majalah-majalah dekorasi untuk memudahkan anda memberi informasi kepada pereka. 

4. Bekerjasama
Sentiasa memberi kerjasama dengan pereka sepanjang proses pengubahsuaian. Segala kemusykilan, pendapat dan cadangan, sila maklumkan kepada pereka. Pereka pasti akan membantu anda sedaya upaya untuk mempercepatkan proses.

Proses pengubahsuaian ruang memang pasti akan timbul beberapa masalah. Ini adalah normal dan sudah menjadi asam garam pereka dan kontraktor. Berbincang secara harmoni  Insya Allah segalanya berjalan lancar. Harap tips yang saya berikan ini dapat membantu anda. :)

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Thursday 3 October 2013

[ Pengalaman Sentiasa Akan Menjadikan Kita Orang Yang Lebih Baik ]

Sekarang ongoing project saya ialah renovation rumah bos yang dah 80% hampir siap. Bos arkitek, jadi beliau mengambil kesempatan menggunakan staff untuk design dan manage rumah baru beliau. Saya suka bila bos-bos ambil kesempatan macam ni sebab masuk yang kali ni saya dah handle 4 buah rumah bos dari sketch hinggalah ke final completion.

Tak mudah, sebab bos-bos terdiri daripada designer dan arkitek. Maka banyaklah arguement dan rejection. Lagi-lagi kalau arguement dengan arkitek. Memang hati panas kalau design asyik kena reject. Banyak proses dan self esteem serta ego tercalar. Saya dah merasa berkali-kali design ditolak ada dengan cara yang baik..ada yang dengan cara sarkastik....Tapi sedar tak sedar, bos-bos sebenarnya memberi saya peluang untuk belajar dan baiki lagi kemahiran saya dari segi design, manage projek dan.....kemahiran mengendalikan perasaan bila berlaku PENOLAKAN.

Dalam saya merungut bila setiap kali design direject, sebenarnya ada kebaikannya. Saya dah hampir dah takde rasa down yang teramat sangat macam dulu-dulu. Ok, tak accept takpe. Come out dengan design lain pulak. (Ada juga membebel-bebel sikit tu biasa lah kan). Hehe...

Sementara masih bekerja dengan orang ni, nak timba lagi kesilapan dan pengalaman. Dalam setiap perkara, mesti ada kesilapan yang kita akan terbuat. Jalan terbaik, terima kesilapan tersebut dengan rasa tanggungjawab dan gerak kehadapan. (Tapi kena pastikan juga, kalau-kalau ada can dapat cover balik kesilapan kita tu..hehe..).Maafkan diri sendiri dan cepat-cepat move on, ok? 



Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Tuesday 1 October 2013

[ Pengenalan Diri - Suhida Mat Hanip ]

Assalamualaikum w.b.t...

Nama saya Suhida Mat Hanip. Kepakaran saya ialah membantu orang ramai/pemilik kediaman/usahawan mentransformasikan ruang yang diingini menjadi ruang yang selesa, praktikal dan memberi inspirasi. Saya merupakan seorang perekabentuk dalaman/interior designer berpengalaman 10 tahun dan pernah terlibat dalam mengubahsuai kediaman, merekabentuk ruang pejabat, retail outlet, wad kanak-kanak, hospital, hotel dan juga pusat jagaan warga emas.

Saya merupakan lulusan Diploma Rekabentuk Dalaman dan Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Saya mempunyai pengalaman yang luas di dalam susun atur ruang, pemilihan konsep dan material serta bekerjasama dengan kontraktor bagi menyiapkan sesuatu tugasan.

Berikut adalah salah satu dari projek ubahsuai kediaman ketika saya bekerja di EDP Architects Sdn. Bhd. dan dimuatkan di dalam majalah antarabangsa Malaysia Tatler August 2012.


Cukup dulu untuk kali ini, selamat berkenalan dan Insya Allah saya akan berkongsi 'My Story' dalam post berikutnya.

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"