Saturday 5 October 2013

[ Ubahsuai Ruang - Apa Tugas Anda Sebagai Pemilik ]

Anda ingin membuat ubahsuai?
Tidak kiralah sama ada yang hendak ubahsuai itu adalah rumah, bilik tidur, ruang pejabat, kedai, restoran dan sebagainya.

Kunci bagaimana untuk mendapatkan pengubahsuaian yang berjaya sebenarnya terletak di tangan anda dan juga kerjasama daripada pereka dan kontraktor. Anda juga harus terlibat hampir 80% dalam proses pengubahsuaian lebih-lebih lagi memberi input yang berterusan sepanjang projek berjalan.

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum mengambil Interior Designer?

1.  Kenal pasti Kehendak Anda
Anda perlu kenalpasti matlamat dan kehendak anda terlebih dahulu.
 Berapakah jumlah bilik yang anda inginkan atau
adakah anda ingin bilik tidur anda menjadi ruang makan kerana inginkan ruang yang tenang bersebelahan dengan balkoni menghadap taman atau
adakah anda inginkan ruang utama pejabat anda mempunyai 'water feature' seperti kolam dan sebagainya.

Setelah mengenal pasti kehendak anda seenaraikan dan minta pendapat daripada pereka anda adakah kehendak anda sesuai dan boleh dijayakan.

2. Sediakan Bajet
Setkan bajet anda. Penting anda setkan berapa lingkungan bajet supaya pereka dapat menghasilkan cadangan rekabentuk berdasarkan bajet yang diberikan. Anda boleh mendapatkan sebut harga sekurang-kurangnya daripada dua pereka dan membuat perbandingan bersesuaian dengan bajet anda. Namun anda perlu ingat bahawa harga yang murah tak semestinya berkualiti. Cuba untuk dapat melihat hasil projek pereka bagi memastikan anda membuat pilihan yang betul.

3. Kenal pasti stail dan citarasa anda.
Seorang pereka pasti akan cuba memahami anda bagi menterjemahkan cita rasa anda pada ruang yang ingin diubahsuai. Selain itu, pereka juga akan memberi nasihat tentang konsep yang bersesuaian lebih-lebih lagi jika yang ingin diubahsuai itu adalah premis perniagaan. Walau bagaimanapun anda juga perlu menyatakan kesukaan anda supaya boleh mempercepatkan proses design. Anda boleh menggunakan imej-imej yang ada di dalam majalah-majalah dekorasi untuk memudahkan anda memberi informasi kepada pereka. 

4. Bekerjasama
Sentiasa memberi kerjasama dengan pereka sepanjang proses pengubahsuaian. Segala kemusykilan, pendapat dan cadangan, sila maklumkan kepada pereka. Pereka pasti akan membantu anda sedaya upaya untuk mempercepatkan proses.

Proses pengubahsuaian ruang memang pasti akan timbul beberapa masalah. Ini adalah normal dan sudah menjadi asam garam pereka dan kontraktor. Berbincang secara harmoni  Insya Allah segalanya berjalan lancar. Harap tips yang saya berikan ini dapat membantu anda. :)

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

No comments:

Post a Comment