Tuesday 16 December 2014

[ 5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur ]

Setiap pemilik kediaman terutamanya pemilik rumah baru tentunya teruja dan mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Selain dari mengambil kira fungsi setiap sudut dapur, anda pasti akan mengambil berat bagaimana rekabentuk kabinet dapur yang sesuai dengan anda. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?


1. Bajet. Ya, bajet adalah faktor utama yang sangat penting untuk difikirkan sebelum menentukan jenis kabinet dapur anda. Jangan risau sekiranya anda mempunyai bajet yang agak terhad. Tak semestinya impian anda tidak dapat direalisasikan. Terkini terlalu banyak pilihan yang menarik boleh disesuaikan dengan bajet anda. Sila buat penyelidikan sebelum anda menetapkan pilihan anda.


2. Konsep. Sudah tentu konsep yang dipilih memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden yang ringkas dan kemas.

3. Material. Antara material yang digunakan pada kabinet dapur ialah solid surface dan granite untuk cabinet top. Ada juga yang menggunakan tiles untuk kos yang murah. Selain dari ti material yang disebut tadi, ada juga menggunakan chipboard compressed untuk top tetapi ianya tidak tahan lasak. Manakala untuk pintu kabinet, anda mempunyai pilihan berdasarkan bajet anda. Terdapat material laminate, 3g glass, acrylic, spray paint dan melamine. Untuk backsplash, anda boleh menggunakan kreativiti anda samada menggunakan cermin dimana anda boleh menyalin resepi atau nota pada cermin tersebut. Selain itu stainless steel dan tiles juga boleh digunakan.

4. Warna. Paling maksimum penggunaan warna pada cabinet dapur cuma kombinasi dua warna sahaja. Samada hitam putih, atau kelabu gelap dan putih, warna cream dan putih. Seeloknya pilih kategori earth tone kerana tampak kemas, moden dan evergreen.

5. Rekabentuk. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai pilihan tambahan untuk kemudahan meja persiapan atau sebagai tempat bersantai bersama keluarga pada waktu pagi. Faktor paling penting ketika merekabentuk cabinet dapur anda ialah anada perlu tahu dan faham fungsi setiap sudut supaya ianya memudahkan anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian di dapur.

6. Aksesori. Jangan lupakan aksesori ye! Contoh, penyangkut tuala napkin, oven, microwave dan sebagainya.

Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! 


Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

No comments:

Post a Comment