Saturday 5 October 2013

[ Ubahsuai Ruang - Apa Tugas Anda Sebagai Pemilik ]

Anda ingin membuat ubahsuai?
Tidak kiralah sama ada yang hendak ubahsuai itu adalah rumah, bilik tidur, ruang pejabat, kedai, restoran dan sebagainya.

Kunci bagaimana untuk mendapatkan pengubahsuaian yang berjaya sebenarnya terletak di tangan anda dan juga kerjasama daripada pereka dan kontraktor. Anda juga harus terlibat hampir 80% dalam proses pengubahsuaian lebih-lebih lagi memberi input yang berterusan sepanjang projek berjalan.

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum mengambil Interior Designer?

1.  Kenal pasti Kehendak Anda
Anda perlu kenalpasti matlamat dan kehendak anda terlebih dahulu.
 Berapakah jumlah bilik yang anda inginkan atau
adakah anda ingin bilik tidur anda menjadi ruang makan kerana inginkan ruang yang tenang bersebelahan dengan balkoni menghadap taman atau
adakah anda inginkan ruang utama pejabat anda mempunyai 'water feature' seperti kolam dan sebagainya.

Setelah mengenal pasti kehendak anda seenaraikan dan minta pendapat daripada pereka anda adakah kehendak anda sesuai dan boleh dijayakan.

2. Sediakan Bajet
Setkan bajet anda. Penting anda setkan berapa lingkungan bajet supaya pereka dapat menghasilkan cadangan rekabentuk berdasarkan bajet yang diberikan. Anda boleh mendapatkan sebut harga sekurang-kurangnya daripada dua pereka dan membuat perbandingan bersesuaian dengan bajet anda. Namun anda perlu ingat bahawa harga yang murah tak semestinya berkualiti. Cuba untuk dapat melihat hasil projek pereka bagi memastikan anda membuat pilihan yang betul.

3. Kenal pasti stail dan citarasa anda.
Seorang pereka pasti akan cuba memahami anda bagi menterjemahkan cita rasa anda pada ruang yang ingin diubahsuai. Selain itu, pereka juga akan memberi nasihat tentang konsep yang bersesuaian lebih-lebih lagi jika yang ingin diubahsuai itu adalah premis perniagaan. Walau bagaimanapun anda juga perlu menyatakan kesukaan anda supaya boleh mempercepatkan proses design. Anda boleh menggunakan imej-imej yang ada di dalam majalah-majalah dekorasi untuk memudahkan anda memberi informasi kepada pereka. 

4. Bekerjasama
Sentiasa memberi kerjasama dengan pereka sepanjang proses pengubahsuaian. Segala kemusykilan, pendapat dan cadangan, sila maklumkan kepada pereka. Pereka pasti akan membantu anda sedaya upaya untuk mempercepatkan proses.

Proses pengubahsuaian ruang memang pasti akan timbul beberapa masalah. Ini adalah normal dan sudah menjadi asam garam pereka dan kontraktor. Berbincang secara harmoni  Insya Allah segalanya berjalan lancar. Harap tips yang saya berikan ini dapat membantu anda. :)

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Thursday 3 October 2013

[ Pengalaman Sentiasa Akan Menjadikan Kita Orang Yang Lebih Baik ]

Sekarang ongoing project saya ialah renovation rumah bos yang dah 80% hampir siap. Bos arkitek, jadi beliau mengambil kesempatan menggunakan staff untuk design dan manage rumah baru beliau. Saya suka bila bos-bos ambil kesempatan macam ni sebab masuk yang kali ni saya dah handle 4 buah rumah bos dari sketch hinggalah ke final completion.

Tak mudah, sebab bos-bos terdiri daripada designer dan arkitek. Maka banyaklah arguement dan rejection. Lagi-lagi kalau arguement dengan arkitek. Memang hati panas kalau design asyik kena reject. Banyak proses dan self esteem serta ego tercalar. Saya dah merasa berkali-kali design ditolak ada dengan cara yang baik..ada yang dengan cara sarkastik....Tapi sedar tak sedar, bos-bos sebenarnya memberi saya peluang untuk belajar dan baiki lagi kemahiran saya dari segi design, manage projek dan.....kemahiran mengendalikan perasaan bila berlaku PENOLAKAN.

Dalam saya merungut bila setiap kali design direject, sebenarnya ada kebaikannya. Saya dah hampir dah takde rasa down yang teramat sangat macam dulu-dulu. Ok, tak accept takpe. Come out dengan design lain pulak. (Ada juga membebel-bebel sikit tu biasa lah kan). Hehe...

Sementara masih bekerja dengan orang ni, nak timba lagi kesilapan dan pengalaman. Dalam setiap perkara, mesti ada kesilapan yang kita akan terbuat. Jalan terbaik, terima kesilapan tersebut dengan rasa tanggungjawab dan gerak kehadapan. (Tapi kena pastikan juga, kalau-kalau ada can dapat cover balik kesilapan kita tu..hehe..).Maafkan diri sendiri dan cepat-cepat move on, ok? 



Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"

Tuesday 1 October 2013

[ Pengenalan Diri - Suhida Mat Hanip ]

Assalamualaikum w.b.t...

Nama saya Suhida Mat Hanip. Kepakaran saya ialah membantu orang ramai/pemilik kediaman/usahawan mentransformasikan ruang yang diingini menjadi ruang yang selesa, praktikal dan memberi inspirasi. Saya merupakan seorang perekabentuk dalaman/interior designer berpengalaman 10 tahun dan pernah terlibat dalam mengubahsuai kediaman, merekabentuk ruang pejabat, retail outlet, wad kanak-kanak, hospital, hotel dan juga pusat jagaan warga emas.

Saya merupakan lulusan Diploma Rekabentuk Dalaman dan Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Saya mempunyai pengalaman yang luas di dalam susun atur ruang, pemilihan konsep dan material serta bekerjasama dengan kontraktor bagi menyiapkan sesuatu tugasan.

Berikut adalah salah satu dari projek ubahsuai kediaman ketika saya bekerja di EDP Architects Sdn. Bhd. dan dimuatkan di dalam majalah antarabangsa Malaysia Tatler August 2012.


Cukup dulu untuk kali ini, selamat berkenalan dan Insya Allah saya akan berkongsi 'My Story' dalam post berikutnya.

Kulspace Design-Pakar Perunding Rekabentuk Dalaman dan Susun Atur Ruang
"Creating Your Inspire Space"